Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban

Bissmillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...hari ni,saya nk kongsi serba sedikit tentang peristiwa "Nisfu Syaaban"...saya telah membaca sedikit sebanyak tentang peristiwa ini dan daripada pengetahuan itu,saya akan kongsikan bersama anda...
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) merupakan suatu peristiwa yang berlaku pada hari ke-15 bulan Syaaban dalam tahun Hijrah...Malam Nisfu Syaaban(separuh@pertengahan Syaaban) adalah malam di mana buku amalan kita akan dibawa naik oleh Malaikat dan ditukar dengan buku yang baru..
Malam Nisfu Syaaban juga adalah malam yang penuh berkat & rahmat,15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib,dan pada masa itulah amalan pertama kita akan dicatat.Malam Nisfu Syaaban juga merupakan malam pengampunan & malam yang doanya dimakbulkan...
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga...bukan berjaga untuk tengok bola...tapi,untuk beribadat dan beriktikaf sepanjang malam kepada Allah SWT.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan,jadi marilah kita memperbanyakkan ibadat kita kepada Allah SWT berbanding tahun2 sebelum ini..
Semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Dan kepada semua yang saya kenal,Sebelum terlambat saya ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap yang di sengajakan dan tidak sengaja.
Rasulullah s.a.w b'sabda: barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya.wallahualam :DInshaAllah kita akan bertemu di lain update,Wasalam~


No comments:

Post a Comment